Home

Defining The Best
On Education
Written by Administrator   
Sunday, 07 February 2010 07:41

The criteria used to identify the 20 recently-announced High Performing Schools has been called into question.

HOW does one decide what makes a school the best in the country?

On the surface of it, the answer might seem simple: it is the school that produces the best academic results.

After all, isn't education about producing knowledgeable youths who are able to contribute to the betterment of society?

And isn't the best and fairest measure of such knowledge public exams set by a central governing authority?

The answer, as educationists will tell you, is no.

Educating our young ones is far more than just stuffing academic knowledge into their brains.

It is, as anyone in the Education Ministry will say, about the holistic development of a person — holistic meaning the entire physical, mental, social, emotional and spiritual package.

 
Yang dikatakan minda tertawan itu adalah ...
Tigers of Tiger Lane
Written by Professor Abdullah   
Tuesday, 09 February 2010 04:41

Sesuatu bahasa yang kita pilih menjadi bahasa pengucapan dalam keluarga kita akan menyebabkan bahasa itu menjadi dominan dalam benak kita, terutama anak-anak kita. Sekiranya bahasa Arab yang dipilih, maka bahasa Arablah yang menjadi bahasa dominan dalam benak kita. Sekiranya bahasa Inggeris yang dipilih, maka bahasa Inggerislah yang menjadi dominan dalam benak kita.

Tempat bahasa Melayu sepatutnya adalah benak Melayu. Apabila elit Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi anak-anak mereka, dan menggantikannya dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah yang duduk di benak anak-anak Melayu itu. Minda mereka menjadi minda tertawan dalam minda Inggeris.

Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, mereka akan memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi. Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa Melayu lagi.

Oleh kerana bahasa Melayu telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh kerana bahasa Inggeris belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Sebagai contoh, gejala anak-anak yang “menjawab” ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan bahasa ekspresif. Konsep-konsep seperti “derhaka” dan “syurga itu di bawah tapak kaki ibu” hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam, seperti Bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada kemasukan konsep-konsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di dalam sastera Melayu seperti dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah juga tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti oleh cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio, Snow White, Rapunzel, Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood dan King Arthur dan The Knights Of The Round Table.

Apabila bahasa asing berjaya masuk ke dalam benak bangsa Melayu, maka dua perkara akan berlaku. Pertama ialah kebocoran bendung budaya, dan kedua kehilangan keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Kebocoran bendung budaya itu menyebabkan orang Melayu itu merasa kagum kepada budaya Barat. Ini telah pernah diamati oleh Ibnu Khaldun lapan ratus tahun dulu. Dengan itu mereka akan menyerap unsur budaya yang dikagumi. Maka bocorlah bendung budaya Melayu.

Malah lebih serius dari itu adalah, sebagai sebahagian daripada kebocoran budaya itu juga menyebabkan lemahnya nilai agama Islam mereka sendiri, dilemahkan oleh kemasukan unsur Barat tersebut. Menolak hukum agama demi sistem undang-undang Barat adalah salah satu daripadanya.

Kesan kedua pula adalah bangsa Melayu itu akan mengalami gejala hilangnya keyakinan pada keupayaan diri sendiri dan juga hilangnya semangat kreativiti mereka. Gejala ini jelas dapat dilihat di kalangan golongan terpelajar bekas tanah jajahan yang tidak yakin akan keupayaaan mereka untuk mencipta produk-produk intelektual sendiri. Mereka berpuas hati dengan menjadi agen yang menterjemahkan, mengajarkan, memepopularkan dan menerapkan sahaja produk-produk intelek tokoh-tokoh tersebut di negaranya.

Jikalau sekali-sekala ada yang berani mencipta produk-produk intelektual mereka sendiri, rakan-rakan mereka pula yang tidak menaruh keyakinan akan mutu produk-produk itu. Oleh hal yang demikian mereka tidak menggunakan produk-produk intelektual tempatan sebagai rujukan yang dianggap berautoriti.

Menurut Malik Bennabi, akibat daripada keadaan seperti di atas individu-individu yang hilang keyakinan pada keupayaan diri sendiri itu akan terjerumus ke dalam proses meminjam dan terus meminjam secara langsung dan ad hoc segala macam benda-benda, idea-idea dan institusi-institusi yang bersumber pada bahasa-bahasa asing tersebut, dengan tidak mempersoalkan kesesuaian dan keserasiannya dengan kebudayaan bangsa yang meminjamnya. Sebagai contoh benda-benda yang dipinjam ialah bagaimana elit tempatan memesang besen mandi, membuat balkoni, cimni, menyimpan gelas wain dalam almari, dan memasang gebar musim salji di katil mereka.

Sebagai contoh idea yang dipinjam, kita bercuti pada hari Ahad, meraikan hari jadi, memotong kek, meniup lilin sambil menyebut hajat di hati, membaling wang syiling ke dalam telaga hajat, merayakan halloween dan valentine, serta minum tos untuk kesihatan Yang Di-Pertuan Agong. Contoh institusi yang dipinjam ialah pilihanraya ala-barat, sistem kewangan berdasarkan riba dan banyak lagi.

Dengan perkataan lain, kita sudah mengasingkan diri daripada apa yang Melayu walaupn bentuk jasad kita masih belum berubah.

TIDAKKAH INI LEBIH MEMBIMBANGKAN daripada Kristian menggunakan "Allah."

Diambil dari Wikipedia

valentine

Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day, is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards known as "valentines". The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished. Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.

 
Adapun Melayu itu adalah sebuah bangsa besar
Tigers of Tiger Lane
Written by Professor Abdullah   
Tuesday, 09 February 2010 03:32

LEAVES OF THE SAME TREE

andaya

Direviu oleh NEIL KHOR
LEAVES OF THE SAME TREE: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka
(DAUN DARIPADA POHON YANG SATU: Perdagangan dan Keetnikan di Selat Melaka)
Oleh Leonard Andaya
Penerbit: University of Hawaii Press, 320 pages
ISBN: 978-0824831899
Penulis buku ini, Prof. Leonard Andaya, seorang sarjana yang berasal dari Filipina, bukanlah orang asing kepada wilayah ini. Beliaulah yang menulis Sejarah Johor (History of Johor) dan Sejarah Moluku (History of Moluku). Dan, beliau juga menulis buku Sejarah Malaysia (History of Malaysia) bersama isterinya Barbara Watson.
Beliau adalah seorang sarjana yang matang, dan buku ini adalah karya beliau setelah sekian lama berada dalam dunia akademik. Oleh sebab itu, buku ini dapat dianggap sebagai puncak kerjaya akademiknya dan tugu pada kajiannya mengenai sejarah yang memakan sepanjang hayat beliau.
Buku Leaves of the Same Tree (Daun daripada pohon yang satu) mebayangkan bahawa perkembangan jatidiri etnik “Malayu” itu berasal daripada Barat Borneo, dan berkembang di Selat Melaka. Ini meliputi zaman selama 1,000 tahun. Namun penekanannya diberi kepada zaman 500 tahun terakhir.
Prof. Andaya mengatakan ini adalah tugas besar dan membawa cabaran besar pula. Dalam usahanya mencari tempat asal “Malayu” beliau terpaksa merungkai banyak lipatan sejarah, dan mengasingkanny daripada nasionalisme, dan merombak kembali beberapa pemikiran yang sudah sedia ada. Perkara yang penting adalah hakikat bahawa Andaya menggunakan konsep keetnikan sebagai alat penyelidikan. Kajian saintifik terakhir, terutama sekali, kajian mengenai asal usul manusia menyebabkan kaedah ini tidak dapat digunakan. Istilah keetnikan ini adalah sebuah konsep mengenai jatidiri yang didasarkan kepada budaya, dan bukan biologi. Konsep ini, membuatkan konsep ras itu tidak dapat digunakan. Keetnikan adalah konsep identiti yang didasarkan kepada budaya, iaitu bagaimana kita hidup dan tidak menurut jenis darah yang mengalir di tubuh kita.
Kajian begini menjadikan Leaves of the Same Tree ini sebuah bacaan yang mempesona. Prof. Andaya berjaya menggabungkan sebuah penceritaan berdasarkan kedua-dua bahan iaitu bahan sejarah biasa dan juga bahan sejarah yang kurang lazim digunakan. Umumnya, buku ini mencuba menentukan apa yang membentuk pengetrtian “Malayu” yang sangat kompleks itu.
Sebagai seorang sarjana handal, terutama sekali apabila mencuba mencari jawapan kepada jatidiri etnik yang kompleks ini. Beliau bermula dengan melihat rakaman sejarah: iaitu apa yang ditinggalkan oleh orang Malayu pada prasasti, seninya, bahasanya, tradisi lisannya, dan akhir sekali rakaman tertulis.
Salah satu daripada masalah besar dalam penyelidikan begini adalah kurangnya bukti yang mengesahkan sebenarnya ada identiti etnik Melayu itu. Pada masa ini pula semua ini merupakan tiga buah tradisi semasa dan memori dalam tiga buah negara yang berlainan.
Selain daripada bahasa Malayu itu yang sudah menjadi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, gaya hidup orang Melayu ini pula sudah menjadi sangat berlainan sehingga sukar untuk kita mengatakannya adalah suatu etnik yang sama.
Namun di situlah terletaknya kepentingan strategik kaedah penyelidikan Prof. Andaya. Sebagai sebuah alat, keetnikan ini membolehkan sejarahwan menggunakan bukti daripada antropologi, sosiologi, sejarah ekonomi dand kajian budaya.
Inilah yang membolehkan kita menelusuri usul asal dan perkembangan Malayu itu. Ini membolehkan usul-asal dan perkembangan orang Melayu itu dicari. Khusunya, bagaimana kita mentafsirkan mitos and legenda dalam konteks yang bermakna. Sejarah Melayu, adalah dokumen yang mencampurkan mitos dengan sejarah, dan adalah tepat pada satu sisi.
Orang Malayu ini adalah pelaut, dan inilah yang membolehkan mereka berkembang dari Borneo ke Selat Melaka, membentuk petempatan di Sumatra dan juga Semenanjung Tanah Melayu.
Pemikiran Prof. Andaya ini bersandar pada empat fasa yang membentuk identiti etnik Malayu hingga ke tahap semasa. Pada setiap fasa, suatu kualiti baru ditambahkan kepada identiti Malayu itu. Negeri-negeri Malayu ini didirikan pada kuala-kuala sungai yang menjadi tempat pengumpulan barang dagangan dari pedalaman. Orang Malayu ini mempunyai hubungan rapat dengan “Orang Asli” atau “Suku Terasing,” yang memungut hasil mahsul yang sangat dikehendaki.
Dengan demikian, selama seribu tahun lalu, negeri-negeri Malayu ini telah terbina di Segenting Kra (Thailand Selatan), Kedah, Melaka, dan Temasik (di Malaysia dan Singapura), Palembang dan Acheh (di Indonesia). Negara-negara ini terletak di pantai Selat Melaka yang menghubungkan Lautan India dengam Lautan China Selatan.
Andaya menjelaskan wilayah ini wajar dipanggil “lautan Malayu kerana ia merangkumi jaringan yang luas terbentang dari Lautan Hindi menuju Lautan China, dari India ke Vietnam. Lautan ini dipanggil oleh beliau Lautan Malayu kerana manusia Malayu itu jelas dikaitkan dengan kelompok yang dipanggilnya ‘Malayu’ yang menguasai perairan ini.
Inilah yang menunjukkan identiti budaya orang Malayu itu. Ciri identiti ini diperkukuh dengan menuturkan bahasa yang sama. Bahasa yang satu itulah yang digunakan bagi menjalankan perniagaan di Lautan Malayu ini. Sebagai sebuah bangsa yang menjalankan perniagaan, maka tidaklah hairan apabila istilah “Malayu” itu ada terakam dalam catatan perniagaan China pada kurun ketujuh. Pada tahun 644 masehi emperor Sui pernah menerima kunjungan sebuah perutusan dari sebuah kerajaan Malayu di Sumatra, iaitu Sriwijaya.
Pada masa itu empayar Sriwijaya itu memerintah sebahagian besar daripada kawasan pantai Sumatra yang berupa sebuah empayar perniagaan yang terbentuk daripada kerajaan yang berlainan yang dibenarkan memerintah sendiri. Di dalam kerajaan ini orang belajar Budhisme dan bahasa Sanskrit. Negeri-negeri Malayu ini kekal sebagai pusat jaringan perniagaan walaupun cengkamannya pada Bhudisme dan Hinduisme mula kemurun.
Dunia Malayu ini menggunakan undang-undang maritim yang sama, telah memprkukuhkan institusi “Raja” dan penerimaan Islam telah menjadi komponen penting pada identiti Malayu itu keseluruhannya. Negeri yang menjadikan Islam itu suatu ciri yang tidak dapat diceraikan daripada identiti Malayu adalah Acheh, yang terletak di hujung utara pulau Sumatra. Pesaing Acheh pula adalah Johor. Johor telah memperkukuh tradisi kebangsawanan istana yang dipesakainya daripada Melaka. Acheh sebenarnya menjadi warisan kepada kuasa empayar Islam selepas Melaka dalam kurun ke-17. Di bawah pengaruh pemerintahannya dan dengan sokongan peniaga dari Arab, maka gaya hidup Malayu-Muslim itu menjadi bertambah kukuh.
Sebagai sebuah identiti etnik, Malayu itu sudah dapat didefinisikan sebagai suatu cara hidup, bahasa dan agama. Tetapi yang menjadi bingkai pemersatu kepada keseluruhan ini adalah akarnya dalam perniagaan dan penjelajahan lautan. Oleh sebab itu, walaupun ada ketikanya identiti Malayu itu menjadi terkepung dalam sebuah negeri daratan, namun komponennya masih kembali kepada identiti “asalnya.”
Sumbanagn Prof. Andaya yang membantu kita memahami keetnikan ini adalah hasil daripada “perspektif yang lama” ini. Inilah yang membolehkan beliau menunjukkan identiti etnik itu sebagai sebuah proses. Dalam buku ini Prof. Leonard Andaya menunjukkan bagaimana identiti etnik “Malayu” sebagai sebuah himpunan dinamik ciri-ciri budaya yang menjadi sempadan budaya. Sebagai kesimpulannya kita melihat bagaimana orang “Malayu” itu membezakan dirinya daripada orang lain, dan dalam sesetengah kes, daripada kalangan dirinya sendiri.
Buku Daun dari Pohon yang Satu (Leaves of the Same Tree) adalah sebuah bacaan yang perlu untuk orang yang mahu memahami “Malayu” itu.
Pereviu buku ini, Neil Khor baharu sahaja menyelesaikan Ph D-nya menegnai Kesusasteraan Cina Baba di University of Cambridge, Britain.

"Daun daripada pohon yang satu."

Diterjemahkan daripada the Star Online, Sunday February 15, 2009 “Understanding the Malayu”
Direviu oleh NEIL KHOR

LEAVES OF THE SAME TREE: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka; oleh Leonard Andaya; Penerbit: University of Hawaii Press, 320 pages; ISBN: 978-0824831899

Penulis buku ini, Prof. Leonard Andaya, seorang sarjana yang berasal dari Filipina, bukanlah orang asing kepada wilayah ini. Beliaulah yang menulis Sejarah Johor (History of Johor) dan Sejarah Moluku (History of Moluku). Dan, beliau juga menulis buku Sejarah Malaysia (History of Malaysia) bersama isterinya Barbara Watson.

Beliau adalah seorang sarjana yang matang, dan buku ini adalah karya beliau setelah sekian lama berada dalam dunia akademik. Oleh sebab itu, buku ini dapat dianggap sebagai puncak kerjaya akademiknya dan tugu pada kajiannya mengenai sejarah yang memakan sepanjang hayat beliau.

Buku Leaves of the Same Tree (Daun daripada pohon yang satu) mebayangkan bahawa perkembangan jatidiri etnik “Malayu” itu berasal daripada Barat Borneo, dan berkembang di Selat Melaka. Ini meliputi zaman selama 1,000 tahun. Namun penekanannya diberi kepada zaman 500 tahun terakhir.

Prof. Andaya mengatakan ini adalah tugas besar dan membawa cabaran besar pula. Dalam usahanya mencari tempat asal “Malayu” beliau terpaksa merungkai banyak lipatan sejarah, dan mengasingkanny daripada nasionalisme, dan merombak kembali beberapa pemikiran yang sudah sedia ada. Perkara yang penting adalah hakikat bahawa Andaya menggunakan konsep keetnikan sebagai alat penyelidikan. Kajian saintifik terakhir, terutama sekali, kajian mengenai asal usul manusia menyebabkan kaedah ini tidak dapat digunakan. Istilah keetnikan ini adalah sebuah konsep mengenai jatidiri yang didasarkan kepada budaya, dan bukan biologi. Konsep ini, membuatkan konsep ras itu tidak dapat digunakan. Keetnikan adalah konsep identiti yang didasarkan kepada budaya, iaitu bagaimana kita hidup dan tidak menurut jenis darah yang mengalir di tubuh kita.

Kajian begini menjadikan Leaves of the Same Tree ini sebuah bacaan yang mempesona. Prof. Andaya berjaya menggabungkan sebuah penceritaan berdasarkan kedua-dua bahan iaitu bahan sejarah biasa dan juga bahan sejarah yang kurang lazim digunakan. Umumnya, buku ini mencuba menentukan apa yang membentuk pengetrtian “Malayu” yang sangat kompleks itu.
Sebagai seorang sarjana handal, terutama sekali apabila mencuba mencari jawapan kepada jatidiri etnik yang kompleks ini. Beliau bermula dengan melihat rakaman sejarah: iaitu apa yang ditinggalkan oleh orang Malayu pada prasasti, seninya, bahasanya, tradisi lisannya, dan akhir sekali rakaman tertulis.

Salah satu daripada masalah besar dalam penyelidikan begini adalah kurangnya bukti yang mengesahkan sebenarnya ada identiti etnik Melayu itu. Pada masa ini pula semua ini merupakan tiga buah tradisi semasa dan memori dalam tiga buah negara yang berlainan.
Selain daripada bahasa Malayu itu yang sudah menjadi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, gaya hidup orang Melayu ini pula sudah menjadi sangat berlainan sehingga sukar untuk kita mengatakannya adalah suatu etnik yang sama.

Namun di situlah terletaknya kepentingan strategik kaedah penyelidikan Prof. Andaya. Sebagai sebuah alat, keetnikan ini membolehkan sejarahwan menggunakan bukti daripada antropologi, sosiologi, sejarah ekonomi dand kajian budaya.

Inilah yang membolehkan kita menelusuri usul asal dan perkembangan Malayu itu. Ini membolehkan usul-asal dan perkembangan orang Melayu itu dicari. Khusunya, bagaimana kita mentafsirkan mitos and legenda dalam konteks yang bermakna. Sejarah Melayu, adalah dokumen yang mencampurkan mitos dengan sejarah, dan adalah tepat pada satu sisi.
Orang Malayu ini adalah pelaut, dan inilah yang membolehkan mereka berkembang dari Borneo ke Selat Melaka, membentuk petempatan di Sumatra dan juga Semenanjung Tanah Melayu.

Pemikiran Prof. Andaya ini bersandar pada empat fasa yang membentuk identiti etnik Malayu hingga ke tahap semasa. Pada setiap fasa, suatu kualiti baru ditambahkan kepada identiti Malayu itu. Negeri-negeri Malayu ini didirikan pada kuala-kuala sungai yang menjadi tempat pengumpulan barang dagangan dari pedalaman. Orang Malayu ini mempunyai hubungan rapat dengan “Orang Asli” atau “Suku Terasing,” yang memungut hasil mahsul yang sangat dikehendaki.

Dengan demikian, selama seribu tahun lalu, negeri-negeri Malayu ini telah terbina di Segenting Kra (Thailand Selatan), Kedah, Melaka, dan Temasik (di Malaysia dan Singapura), Palembang dan Acheh (di Indonesia). Negara-negara ini terletak di pantai Selat Melaka yang menghubungkan Lautan India dengam Lautan China Selatan.

Andaya menjelaskan wilayah ini wajar dipanggil “lautan Malayu kerana ia merangkumi jaringan yang luas terbentang dari Lautan Hindi menuju Lautan China, dari India ke Vietnam. Lautan ini dipanggil oleh beliau Lautan Malayu kerana manusia Malayu itu jelas dikaitkan dengan kelompok yang dipanggilnya ‘Malayu’ yang menguasai perairan ini.

Inilah yang menunjukkan identiti budaya orang Malayu itu. Ciri identiti ini diperkukuh dengan menuturkan bahasa yang sama. Bahasa yang satu itulah yang digunakan bagi menjalankan perniagaan di Lautan Malayu ini. Sebagai sebuah bangsa yang menjalankan perniagaan, maka tidaklah hairan apabila istilah “Malayu” itu ada terakam dalam catatan perniagaan China pada kurun ketujuh. Pada tahun 644 Masehi emperor Sui pernah menerima kunjungan sebuah perutusan dari sebuah kerajaan Malayu di Sumatra, iaitu Sriwijaya.

Pada masa itu empayar Sriwijaya itu memerintah sebahagian besar daripada kawasan pantai Sumatra yang berupa sebuah empayar perniagaan yang terbentuk daripada kerajaan yang berlainan yang dibenarkan memerintah sendiri. Di dalam kerajaan ini orang belajar Budhisme dan bahasa Sanskrit. Negeri-negeri Malayu ini kekal sebagai pusat jaringan perniagaan walaupun cengkamannya pada Bhudisme dan Hinduisme mula kemurun.

Dunia Malayu ini menggunakan undang-undang maritim yang sama, telah memprkukuhkan institusi “Raja” dan penerimaan Islam telah menjadi komponen penting pada identiti Malayu itu keseluruhannya. Negeri yang menjadikan Islam itu suatu ciri yang tidak dapat diceraikan daripada identiti Malayu adalah Acheh, yang terletak di hujung utara pulau Sumatra. Pesaing Acheh pula adalah Johor. Johor telah memperkukuh tradisi kebangsawanan istana yang dipesakainya daripada Melaka. Acheh sebenarnya menjadi warisan kepada kuasa empayar Islam selepas Melaka dalam kurun ke-17. Di bawah pengaruh pemerintahannya dan dengan sokongan peniaga dari Arab, maka gaya hidup Malayu-Muslim itu menjadi bertambah kukuh.
Sebagai sebuah identiti etnik, Malayu itu sudah dapat didefinisikan sebagai suatu cara hidup, bahasa dan agama. Tetapi yang menjadi bingkai pemersatu kepada keseluruhan ini adalah akarnya dalam perniagaan dan penjelajahan lautan. Oleh sebab itu, walaupun ada ketikanya identiti Malayu itu menjadi terkepung dalam sebuah negeri daratan, namun komponennya masih kembali kepada identiti “asalnya.”

Sumbanagn Prof. Andaya yang membantu kita memahami keetnikan ini adalah hasil daripada “perspektif yang lama” ini. Inilah yang membolehkan beliau menunjukkan identiti etnik itu sebagai sebuah proses. Dalam buku ini Prof. Leonard Andaya menunjukkan bagaimana identiti etnik “Malayu” sebagai sebuah himpunan dinamik ciri-ciri budaya yang menjadi sempadan budaya. Sebagai kesimpulannya kita melihat bagaimana orang “Malayu” itu membezakan dirinya daripada orang lain, dan dalam sesetengah kes, daripada kalangan dirinya sendiri.
Buku Daun dari Pohon yang Satu (Leaves of the Same Tree) adalah sebuah bacaan yang perlu untuk orang yang mahu memahami “Malayu” itu.

Pereviu buku ini, Neil Khor baharu sahaja menyelesaikan Ph D-nya menegnai Kesusasteraan Cina Baba di University of Cambridge, Britain.

 
Homecoming - Batch '70
News
Written by Azlan Abdullah   
Monday, 08 February 2010 22:49

batch70xSemalam, Ahad 7 Februari 2010, saya dan Sdra Sokhini telah berada di STAR untuk bersama-sama mengalu-alukan kedatangan semula 65 orang bekas pelajar STAR batch '70. Pasukan kompang sekolah telah mengiringi mereka menuju ke Dewan Makan untuk makan tengahari bersama-sama mantan Pengetua Dato' Mohd Khalid Halim dan mantan guru-guru Mr Tan Teong Leong, Mr Tan Chew Kiang, Mr Kok Kee Chai, Mr Sarjit Singh, serta Pengetua STAR Tuan Hj Guffri, Penolong-penolong Kanan, guru-guru serta para pelajar. Pengerusi AJK Pengelola ialah Sdra Sailan Kasri dan Sdra Ahmad Tajuddin Ibrahim aka Mad Taj (Headboy 1972) pula telah memberikan ucapan mewakili batch '70 selepas ucapan Pengetua dan "yours truly". Selepas itu kami semua sama-sama bersembahyang jemaah di surau sekolah dan diimamkan oleh Sdra Ramli Ahmad aka Ramli Batu. Batch '70 juga telah menyampaikan sumbangan untuk penambahbaikan surau STAR.

Pengetua telah mengambil kesempatan untuk menjelaskan tentang STAR dan Sekolah Kluster serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Menurut beliau STAR memang sudah tergolong dalam sekolah kluster berdasarkan prestasi STAR yang semakin meningkat tetapi telah "kalah" di peringkat SBT kerana ketiadaan aktiviti jaringan di peringkat antarabangsa. Salah satu faktor yang diambilkira di peringkat SBT adalah pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya menjalankan aktiviti networking di luar kelompok atau kluster masing-masing. Selanjutnya menurut Pengetua pihak sekolah sedang mengatur aktiviti untuk mengorak langkah ke arah pengwujudan jaringan/networking berkenaan.

P/S

Untuk makluman, mereka telah mula berkampong di Ipoh pada hari Sabtu, 6 Februari 2010, dan lawatan ke sekolah itu adalah sempena 40 tahun mereka meninggalkan STAR. Seramai 40 orang isteri telah turut bersama-sama mereka di Ipoh tetapi semasa para suami melakukan "homecoming" ke STAR, para isteri pula telah membuat lawatan ke Kuala Kangsar dengan menaiki bas STAR.

 
Insyaallah Hurdles Akan Kembali KeStar Semula
Blog Old Boys
Written by Cik Gu Ya   
Monday, 08 February 2010 14:50

"Star Has No Hurdles?"

hurdlexSaya sebak kerana STAR telah kehilangan satu event. 110 M Hurdles adalah event kepunyaan pelajar STAR. Seingat saya selain Istiaq Mubarak, tak ada nama masyur lain disebut diSTAR tentang hurdlers.

Dari tulisan terdahulu dalam Blog Chot Awang, ramai johan-johan yang telah mengharumkan STAR. Nama Hamdan dan Dato Fadzil Khir mungkin tercicir. Dan ramai lagi dari generasi sebelum lesapnya hurdles.

Masaalahnya, sekarang pelajar STAR tidak berpeluang berlumba, membina tahan ketahanan dan competitif spirits dalam events ini. Sekurangnya  32 orang akan berlumba diperlumbaan akhir 110m hurdles. 32 orang setahun sudah ada testimonials sebagai pelumba hurdles. Testimonials ini memberi kelebihan kepada 32 pelajar ini dalam selection UPU, biasiswa dan kerja. Itulah juga matlamat pendidikan untuk mengeluarkan performers.

 
Batch 74 - Ingat Lagi Tak ? (Part 8)
Amran Rejab
Written by Amran Rejab   
Monday, 08 February 2010 12:03

Alhamdullilah, ada sedikit masa terluang. Nak gunakan untuk menulis sedikit lagi tentang batch kita ni. Up to this stage dah mula terasa bahawa banyak juga yang dah tak ingat.

batch74xMohd.Zamri Salleh. I believe Zamri was one of those yang really active in scouts among us. Zamri budak Terengganu, dia stay di White house. Zamri possesses a skill which I believe none of us in the batch does. He's very good in carpentary. If anyone can still remember the project that we did during our Industrial Arts lesson - making a wooden 'book rest/book stand' - who's the best? Zamri is now in KL if I'm not mistaken. He's among those yang seldom miss our batch reunion. The last time I met him was in Ipoh. He was sending his kid to matriculation class. What year was that?

 
Kak Melah Telah Kembali
Chot Awang
Written by Mansor Awang   
Monday, 08 February 2010 14:29

Inna Lillah HiwainailaiHirojiun

Kami dapat berita dari Mohd Redza Batch 70 yang mengadakan perjumpaan 40 tahun meninggallan STAR baru-baru ini yang Kak Melah telah meninggal dunia awal Januari lepas.

" Saya tahu ramai kamu tak bayar nasi lemak saya, tetapi saya anggap kamu anak-anak saya belaka". Itu kata-kata Kak Melah ketika kami mengunjungi beliau beberapa tahun dulu ketika mana beliau masih dirumah barrack lama beliau.

kakmelahnow2

Kak Melah a few years ago (pic by Mizhor)

 
Batch 74-Ingat Lagi Tak? (Part 7)
Amran Rejab
Written by amzita   
Sunday, 07 February 2010 23:57

Selamat bertemu kembali kepada sahabat-sahabat yang masih sudi mengikuti recollection saya ini. And thanks to those who called me and encouraged me to write on.

batch74xMohd.Arshad Ahmad. Chad is now in NZ. Seronok la hang boleh ikut bini ke sana. Memang sesuailah hang ke sana. Chad hero Charok Kudong, Pendang, Kedah. Kalau baca apa yang dia tulis dalam "STAR 50 TAHUN-PERINTIS KECEMERLANGAN", dia terjatuh ke dalam rugby secara tak sengaja. Memanglah kan, kita ni kadang-kadang tu bukan tahu pun yang  kita berbakat sehinggalah ada peluang. Tak kan mai dari Pendang dahpun bercita-cita nak excel dalam rugby. Tapi hang tetap synonym dengan rugby, bukan setakat di STAR saja, bahkan di Malaysia. Tahniah kawan. Hang mulanya main takraw dengan bola sajakan. Laripun deras juga. Minat menyanyipun ada juga, tapi tak peraya la, yang lain-lain hebat lagi. Tapi aku tak lupa kat hang tentang satu perkara Chat iaitu hang punya favourite line - "Hang Nak Kata Apa Pun Kata Lah, Jangan Kata Aku Tak Handsome Sudah". Chat pun salah sorang yang stay on sampai Form Six, tapi tak berapa enjoy sangat. Biasala Chat. Dunia..

 
Sportsday Without the Hurdles
Chot Awang
Written by Mansor Awang   
Sunday, 07 February 2010 10:25

hurdlesIf you ask Hamidi (red house), Yuzer Yusof (yellow), Jamaludin Abu Samah (Blue),  Yahya Daud (Black), Fauzi Alias (Arwah Yellow), Adli Aminuddin (Arwah Black), Hamzah Uzir(Green), Nordin Mohammed (Black) and Kamarudin Mahmud (Yellow) what is STAR sports day without the hurdles, they will say,  it is like getting the high table turns, but on the night fish is served. You can't find anybody to replace you.

These names were champion hurdlers. They are top in Perak state and some were Malaysian champions.

The school might think, it is just another event but not to star. It is the event. It is like the 100's and the relays. Well the school may think that the boys don't care, but when you don't want them to care, yes they don't care. If you don't want to care about SBT, no we all care.

How many times have we heard, "you jump the hurdle when you see them"? This is faulty. Hurdle is an event where you train to perfection. The steps must be accuurate. The lift must be perfect. The legs must be in position and the hands outstreched together with the jumping leg and the opposite side. It requires detailed planning. The guy who jumps the hurdle when he sees one is a guy without a plan and he is planning to fail.

The well planned hurdler will jump after his counted steps. Yes he plans when to jump the hurdle. He is so perfect that he can jump blindfolded.

Come on Sirs, get the hurdles!

 
The Shout Box
Chot Awang
Written by Mansor Awang   
Saturday, 06 February 2010 10:17

Assalamualaimum WRT

Saya perasan ramai yang "guest" masuk website staroba.my. Kalau mungkinlah guest ini daftar dan dapatlah kita kenal mengenal antara satu dengan lain. Allah berfirman "Aku jadikan kamu lain2 bangsa dan warna untuk kamu kenal mengenal antara satu sama lain". Bukankah indah tujuan itu. Bukan untuk berkelahi dan berkhianati. Bukan untuk menganiaya dan berbunuh2.

Saya perasan "shoutbox" yang disediakan selalu kosong. Komen2 pendek insyaAllah membawa ma'ana dan berita serta kegembiraan. Senyum itu satu sedekah. Kegembiraan juga satu senyuman.

Marilah kita daftar masuk dan kenal mengenal. Kalau tidak mahu tulis panjang2, pendek2 dishoutbox pun insyaAllah merapatkan siratulrahim.

 
Batch 74- Ingat Lagi Tak ? (Part 6)
Amran Rejab
Written by amzita   
Friday, 05 February 2010 17:06

batch74xKu Mohd.Nasiruddin Ku Ibrahim. Dia ni pun budak Perlis juga. Sekarang dah jadi orang KL. Kumona as many of us called him was good in volleyball. Jumping event pun event hang juga kan, but which one? Dia budak Blue. Dia pun macam a few of us juga yang stayed sampai Form Six. Tapi Pak Ku hebat. Dia masuk Form Six Science. Lepas tu dia pi USM. What happened next tanya dia. Kalau nak 'philosiphical' kena banyak bersembang dengan Pak Ku. He's sentimental, sebab tu suka kumpul barang-barang lama. Sapa ada simpan pinggan plastik biru ada logo STAR bolehlah offer pada Pak Ku. Manalah tahu kut boleh tolong bagi kawan-kawan lain kaya.

 
Cikgu Oh Cikgu !!!
Amran Rejab
Written by amzita   
Friday, 05 February 2010 10:11

Saudara yang dihormati semua, nampak gaya perbincangan tentang kegagalan STAR berada dalam kelompok 20 sekolah SBT masih berlarutan. Kesannya telah menampakkan bahawa di kalangan starob telah terpanggil untuk melakukan sesuatu. Bermula dengan lontaran idea, tenaga hinggalah ke wang ringgit. Itu perkembangan sihat. Diharapkan ini akan menjadikan satu titik tolak kearah penyatuan dan penglibatan kita 'semua' dalam menghidupkan STAR dan menajadi STAROBA sebagai criteria penting dalam membantu menguatkan lagi peluang STAR untuk terpilih dalam SBT di masa yang terdekat.

Namun masih ada di antara kita yang kadang kala tersasul dalam mencari kesilapan atau kegagalan STAR dalam isu yang sedang hangat diperbincangkan ini. Maka adalah segelintir kita - segelintir saja kut - yang merasakan guru-guru di STAR patut dipertanggung jawabkan dalam hal ini.

 
Of schools, hostels and tight budget
On Education
Written by Administrator   
Thursday, 04 February 2010 18:07

I first heard about it a couple of weeks ago from a friend who said a friend told him so. Since it cannot be "independently verified", I dismissed it as rumour and hearsay. That was until last week when I heard about it again.

This time, it was on the radio. You know, those shows on which the presenter or announcer or DJ (they are known by many designations) take a hot current topic and ask listeners to phone in and comment?

The topic that day was "excellent" or "high performance" schools, a new concept unveiled by our DPM cum Education Minister recently.

 
Back To The House Again For Old Boys
News
Written by Administrator   
Thursday, 21 January 2010 03:48

STAROBA is introducing a new program called house mentor program. This is simply a program where old boys become members of their old houses as mentors to current students. This is one of the programs proposed at STAROBA AJK Meeting on the 20th of January, 2010. For a start, Dato Hamzah Zainudin has agreed to head the Blue House Mentor Program and Sokhini Hamid to head the Yellow House while Fathil Sharrif will head the Black House. We are looking for other old boys to head the program for other houses.

The purpose of the program to close the generation gap between the old boys and the current students. At the same time, it is hoped that our old traditions like Piala Agung, other sports and extra-curricular activities based on house system of the past could be revived. As part of this program, old boys will be invited for the school sports day, expected in March not only to participate in some events but to cheer up their old houses (and at the same time jeer down their old rivals). We are still in talk with the school on what events will be opened up for the old boys.

The program is not a one-man mentor program - it is open to all old boys but like the house captain of yonder there is a leader called mentor. As the Blue House mentor, Dato Hamzah has agreed to sponsor t-shirts for all the blue house members for this year's sports day. Hopefully, other mentors will come out with ideas how to regain the lost glory of the past (especially Green House which has now moved out of its original premise).

It will be great if each house can have a logo of its own. For example, Blue House could have a logo like the one shown below:-

bluehouse